

Fakta ini sangat bagus. Bukan semata-mata berkenaan air suam, tetapi berkenaan Serangan Jantung ... Masyarakat Cina dan Jepun minum teh panas untuk ketika bersarapan, bukannya air sejuk, mungkin inilah masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa makan.
Kepada sesiapa yang gemar minum air sejuk, fakta ini sangat bermakna buat anda. Memanglah sesuatu yang nikmat untuk minum segelas air sejuk selepas makan. Walaubagaimanapun, air sejuk akan melikatkan minyak yang kita makan bersama hidangan. Sudah tentu ia melambatkan lagi proses pencernaan. Sekali gumpalan minyak ini bertindakbalas dengan asid di dalam perut, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan selari dengan enzim intestine. Dalam masa terdekat, ia berpotensi bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada kanser. Adalah penting untuk minum sup panas atau air suam selepas makan.
Petanda Lazim Serangan Jantung
Amaran berkenaan serangan jantung. Anda seharusnya mengambil tahu yang petanda serangan jantung bukan sahaja pedih pada sebelah kiri dada. Awasi jika terasa sakit
yang menyesakkan pada dada kiri. Mungkin anda belum pernah merasa sakit dada semasa terkena serangan jantung. Muntah-muntah dan berpeluh berlebihan juga antara tanda-tanda lazim. 60% pesakit yang terkena serangan jantung adalah ketika sedang tidur dan tidak boleh bangun dari tidur. Sakit pada dada boleh menyebabkan tidak sedarkan diri. Berhati-hati dan berjaga-jagalah sentiasa. Lebih banyak yang anda ketahui berkenaan serangan jantung, maka lebih peluang untuk anda terselamat.
Fungsi Hebat Setiap Penapis
Penapis 1: Ceramic
Teknologi Nano, revolusi terkini yang membawa kepada kemajuan dunia dalam abad ke-21 ini. Ia berasal daripada perkataan Latin, dengan cirinya yang bersaiz KECIL – 1 nanometer = 0.000000001 meter
Rekaan yang mesra-penyelenggaraan: menukar dan membersih penapis menjadi lebih mudah dengan system “pusing dan kunci? Saluran hos dalaman tidak kelihatan untuk penapisan yang kemas.
Pemasangan yang senang: disertakan dengan alat gentian untuk kesesuaian jenis paip rumah pengguna.
Penutup penapis yang berwarna: setiap penapis diindikasikan dengan warna yang berbeza untuk kemudahan pengguna.
Saiz penapis yang lebih besar: membekalkan kandungan yang lebih tinggi dan menjamin keberkesanannya.
Sesuai untuk kegunaan: rumah, pejabat, kilang dan kedai-kedai makan.
Pengiktirafan: kualiti air yang bertaraf dunia.
Bayaran Secara Ansuran bulanan:
Harga: RM2080
Ansuran: RM100 x 20bulan + RM80 pada bulan yang terakhir
Bayaran Secara Tunai:
Harga: RM1800
Jimat RM280
Teknologi Nano dalam sistem penapisan air
Keberkesanan nano dalam Bio Aura Hi-Tech Water System:
1.Menghasilkan komponen bersifat nano dan kandungan oksigen yang tinggi, menggalakkan pertumbuhan sel-sel badan yang sihat
2. Kandungan Bio tenaga yang berganda, meningkatkan keaktifan sel-sel tubuh badan
3. Molekul-molekul yang bersaiz nano menambahkan lagi keberkesanan penyerapan nutrien
4. Membekalkan kekayaan bahan-bahan mineral dan nutrien untuk keperluan kesihatan tubuh
5. Sistem penapisan air yang lebih efektif menghapuskan unsur-unsur toksin, bakteria, klorin dan logam berat supaya air selamat diminum
6. Menghilangkan bau yang tidak menyenangkan, menjadikan air lebih sedap diminum
7. Kualiti air bertenaga meningkatkan metabolisme, melancarkan sistem peredaran darah dan memperkuatkan sistem imunisasi badan
8. Nilai pH yang cenderung kepada beralkali setara dengan keperluan badan. Amalan minum air Bio Aura dapat memberikan kesan terapi terhadap badan yang berasid
9. Menjamin kecantikan dan kehalusan kulit serta kesegaran makanan.
*Tawaran jualan ini dibuka kepada penduduk di kawasan sekitar Lembah Klang sahaja untuk membolehkan penapis air ini dihantar secara terus. Kos penghantaran & Pemasangan adalah percuma. Kepada pelanggan luar kawasan tersebut (seluruh Semenanjung Malaysia) masih boleh dirunding untuk penghantaran & pemasangan.
Bagaimana memulakan perniagaan? Kini saya dapati ramai orang dah mula berniaga, sama ada secara part time atau full time. Dan memecahkan dominasi yang telah dibuat oleh penjajah satu ketika dulu (long way to go).
Berniaga adalah satu sunnah yang sudah dilupakan oleh sesetengah orang. Disebabkan orang kita dah biasa dengan makan gaji, bila kit nak memulakan perniagaan, pelbagai tanggapan akan timbul, contohnya:
“Hidup sederhana sajalah, buat apa nak kejar kekayaan…”
“Bersyukurlah dengan apa yang ada…”
“Kalau kaya jutawan tapi hati tak tenang, lupa Tuhan buat apa…”
“Cukuplah dengan harta yang ada, buat apa nak kumpul2 lagi, bukan boleh bawa mati…”
“Meniaga tu sebab nak kaya cepat lah tu”
Menjadi usahawan ialah salah satu karier yang dijalankan oleh Nabi kita sendiri. Nabi Muhammad SAW untuk pengetahuan anda adalah seorang usahawan berjaya. Tapi disebabkan tak ramai yang mengetahui sirah Baginda, maka tak ramai lah yang tahu akan kerjaya Baginda sebagai businessman disamping seorang pemimpin agama, negarawan, pendakwah, dan sebagainya.
Rasulullah SAW telah didedahkan dengan ilmu perniagaan sejak kecil lagi. Baginda sering mengikuti bapa saudaranya Abu Talib berniaga, malah pernah dibawa ke negeri Syam (kini Syria) semasa berusia 12 tahun mengikuti Abu Talib menjalankan urusan perniagaan di sana. Dari situ Rasulullah SAW belajar selok belok perniagaan sehingga Baginda diberi kepercayaan untuk mengendalikan perniagaan bapa saudaranya dan juga orang Quraisy yang lain.
Perniagaan adalah perkara yang penting dalam Islam, malah menjadi satu terminologi yang sering disebut dalam al-Quran, contohnya:
Sesungguhnya orang yang selalu membaca kitab Allah dan tetap mendirikan solat serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka secara sembunyi atau secara terang-terangan, mereka mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan rugi(35:29)
Wahai orang-orang yang beriman. Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Yakni kamu beriman kepada Allah dan rasul-Nya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu, yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (61:10-11)
Kenapa Allah menyebut perniaagaan dan bukan pekerjaan? Kerana perniagaan itu ialah sesuatu yang menguntungkan dan memerlukan usaha tulang empat kerat kita sendiri. Dan boleh juga merugikan sekiranya tidak dijalankan dengan betul.
“9/10 daripada harta ialah dari hasil berniaga” (HR Tirmizi)
Ramai yang salahfaham tentang konsep berniaga. Berniaga bukan bertujuan untuk mengumpul harta (Ya, ia menjadi begitu sekiranya si peniaga berniat begitu).
Allah berfirman:
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang bathil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku atas dasar suka sama suka di antara kamu. Dan janganlah kamu membunuh dirimu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu. (4:29)
Bermakna berniaga itu adalah sesuatu yang mesti dilakukan atas dasar suka sama suka dan tidak menipu atau menindas orang lain. Kepada siapa mesej ini diberikan? Adakah kepada Ah Chong? Tentu tidak sebab ia adalah ayat al-Quran yakni panduan kepada orang Islam. Nyatalah Islam sendiri menyuruh kita menjalankan perniagaan.
Laki-laki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak pula dengan jual beli dari mengingati Allah, dan dari menunaikan zakat. Mereka takut kepada suatu hari yang bila hati dan penglihatan digoncangkan.(24:37)
Malah Rasulullah SAW pernah bersabda tentang kemuliaan seorang peniagaPeniaga yang jujur akan ditempatkan di kalangan para Nabi, para Syuhada’ dan Siddiqin (HR Tirmizi)
Di sini dinyatakan bahawa sifat yang tercela ialah bila dilalaikan oleh perniagaan hingga lupa pada Allah, dan tidak membayar zakat. Bermakna berniaga adalah satu perkara yang utama selagi tidak melupakan Allah dan tanggungjawab sebagai orang Islam seperti menunaikan zakat. Memang jadi masalah kalau dah mula berniaga, dah untung mula rasa diri best, nak keluarkan zakat rasa sayang, takut habis pula harta. Sedangkan Allah sudah berjanji dalam ayat seterusnya dalam surah di atas:
Mereka mengerjakan itu supaya Allah memberi balasan kepada mereka denganyang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan, dan supaya Allah menambah kurnia-Nya kepada mereka. Dan Allah memberi rezeki kepada siapa yang dikehendakinya tanpa batas (24:38)
Bermakna semakin kita jujur dalam perniagaan, semakin kuat pergantungan kita kepada Allah, semakin banyak kita infak harta, semakin banyak kurniaan-Nya kepada kita.... Wallahualam Bissawab
Didihkan susu segar atau pun susu tepong bercampur air. Biarkan ia sejuk. Lalu disapukan kepada muka. Biarkan kering lalu dibasuh dengan air bersih.
Beberapa keping asam gelugur dimasukkan ke dalam baldi yg berisi air suam. Rendamkan kaki anda selama 1/2 jam. Lakukan setiap hari hingga tumit sembuh semula.
Rebus beberapa tangkai daun inai dan minum airnya tiga kali seminggu. Seeloknya pada waktu pagi dan malam.
Selepas membuang air besar, anda berdiri seketika. Kemudian, duduk bertinggung sambil dua tapak tangan mengetuk urat paha tiga kali .Semasa mengetuk paha dengan dua tapak tangan, cengkam gigi sekuat tenaga. Selepas itu, kumur air di mulut hembuskan pada dua tapak tangan ke arah muka.
Tumbuk lumat sepuluh kuntum bunga cengkeh dan tiga ulas bawang putih. Kemudian gosokkan kepada gigi dan berkumur hingga bersih. Lakukannya tiga hari sekali.
Gunakan ajer daun teh yang telah digunakan (used tea leaves). Daun teh ni blh membuatkan rambut kita segar, lembut dan bersinar-sinar.
Caranya, basuh daun teh yang telah digunakan itu dengan air bersih. Then campurkan daun teh tersebut ke dalam segelas air bersih. Tutup gelas tersebut dan biarkannya semalaman.
Keesokan harinya, tapis daun teh tersebut. Campurkan air daun teh yang telah ditapis tadi dengan sesudu jus limau nipis / limau kasturi / lemon (ini lebih baik). Gunakan ramuan ini untuk membilas rambut setiap kali bersyampu. Insyaallah, rambut anda akan lebih cantik, lembut dan bersinar selepas beberapa kali menggunakan ramuan ini.
Satu lagi petua mudah adalah dengan menggunakan jus lemon /limau nipis sebagai conditioner rambut. Sebiji ajer dh mencukupi untuk dijadikan conditioner rambut ni. Tapi campurkan dulu jus limau / lemon ni dengan secawan air suam, kemudian baru apply kat rambut sebagai conditioner.