Create your own banner at mybannermaker.com!

Wednesday, February 23, 2011

Petua & Amalan Kecantikan

  • Menghaluskan Kulit Muka

Didihkan susu segar atau pun susu tepong bercampur air. Biarkan ia sejuk. Lalu disapukan kepada muka. Biarkan kering lalu dibasuh dengan air bersih.


  • Hilangkan Pecah-pecah Di Tumit

Beberapa keping asam gelugur dimasukkan ke dalam baldi yg berisi air suam. Rendamkan kaki anda selama 1/2 jam. Lakukan setiap hari hingga tumit sembuh semula.


  • Mengembalikan Seri Muka Selepas Bersalin

Rebus beberapa tangkai daun inai dan minum airnya tiga kali seminggu. Seeloknya pada waktu pagi dan malam.


  • Menguatkan Gigi

Selepas membuang air besar, anda berdiri seketika. Kemudian, duduk bertinggung sambil dua tapak tangan mengetuk urat paha tiga kali .Semasa mengetuk paha dengan dua tapak tangan, cengkam gigi sekuat tenaga. Selepas itu, kumur air di mulut hembuskan pada dua tapak tangan ke arah muka.


  • Menghilangkan Bau Mulut

Tumbuk lumat sepuluh kuntum bunga cengkeh dan tiga ulas bawang putih. Kemudian gosokkan kepada gigi dan berkumur hingga bersih. Lakukannya tiga hari sekali.


  • Melembutkan rambut dan membuatkan rambut cantik bersinar

Gunakan ajer daun teh yang telah digunakan (used tea leaves). Daun teh ni blh membuatkan rambut kita segar, lembut dan bersinar-sinar.
Caranya, basuh daun teh yang telah digunakan itu dengan air bersih. Then campurkan daun teh tersebut ke dalam segelas air bersih. Tutup gelas tersebut dan biarkannya semalaman.
Keesokan harinya, tapis daun teh tersebut. Campurkan air daun teh yang telah ditapis tadi dengan sesudu jus limau nipis / limau kasturi / lemon (ini lebih baik). Gunakan ramuan ini untuk membilas rambut setiap kali bersyampu. Insyaallah, rambut anda akan lebih cantik, lembut dan bersinar selepas beberapa kali menggunakan ramuan ini.

Satu lagi petua mudah adalah dengan menggunakan jus lemon /limau nipis sebagai conditioner rambut. Sebiji ajer dh mencukupi untuk dijadikan conditioner rambut ni. Tapi campurkan dulu jus limau / lemon ni dengan secawan air suam, kemudian baru apply kat rambut sebagai conditioner.

Tuesday, February 22, 2011

Kepentingan Penapis Air di Rumah

Air sumber kehidupan. Air memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian. Air digunakan dalam minuman, masakan, menyediakan jus oren, susu bayi dan sebagainya.
Hampir 70% daripada tubuh manusia terdiri daripada air.

Perhatikan contoh peratusan berikut:
  • Tulang terdiri daripada 22% air.
  • Darah terdiri daripada 83% air.
  • Otak terdiri daripada 80% air.
  • Otot terdiri daripada 75% air.
  • Ginjal terdiri daripada 83% air.
Berbalik pada tajuk, bila berlaku kekurangan air, maka air akan dicatu dan seterusnya kualiti air pun kurang baik. Untuk itu kita memerlukan penapis air yang baik supaya kualiti air yang diminum oleh keluarga kita adalah baik. Pada saya, tak salah berbelanja untuk penapis air tetapi biarlah mengikut kemampuan kita. Kita perlu bersyukur dengan kurniaan air yang banyak lalu harganya tidak membebankan sangat. Akan tetapi perlu diingat, barang baik kualiti pun baik, barang murah kualitinya perlu diperiksa. RM1.50 air Syabas boleh buat basuh 50 bijik kereta. Tapi RM1.50 air RO dalam botol tu, 10 teguk dah habis. Betul tak...?

Air keluar ikut paip tu, nampak aje jernih mak cik pak cik kakak abang adik... tapi sebenarnya alim-alim kucing aje... Sebenarnya kualiti air di negara kita masih rendah. Air tadahan semula jadi melarutkan pelbagai benda di dalamnya termasuklah logam berat, ampaian, bendasing, 'benda tak asing' kepunyaan jiran, dan air itu bersifat asid. Lepas tu, nak matikan bakteria, Syabas kena inject Chlorine pula dalam air sebelum ke paip rumah kita. Lalu air itu melalui paip besi pula, memang berzat besilah air kita.

Penting!!!!!

Klorin merupakan perosak dan pembunuh yang paling hebat pada zaman moden. Ia merupakan racun yang terpendam.” “Punca aterosklerosis yang mengakibatkan serangan jantung clan strok, tidak lain dan tidak bukan adalah klorin dalam air minuman.” - Koronari I kolesteroll Klorin, oleh Dr. Joseph M. Price, M.D.
Ringkasnya, klorin merupakan racun serangga mengikut takrif Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat (US EPA) di mana fungsi utamanya ialah untuk membunuh organisma hidup. Apabila kita meminum air yang mengandungi klorin, ia merosakkan sebahagian dari tubuh kita, memusnahkan sel dan tisu badan. Tambahan lagi baru-baru ini, kanser payudara yang kini menghinggapi seorang dari setiap lapan orang wanita di Amerika Utara dan lain-lain tempat juga telah dikaitkan dengan pengumpulan sebatian klorin di dalam tisu payudara. Kajian mendapati wanita yang menghidapi kanser payudara mempunyai kandungan organo-klorin (hasil sampingan pengklorinan) yang lebih tinggi di dalam tisu payudara mereka iaitu di antara 50% hingga 60% berbanding dengan wanita yang tidak menghidapi kanser payudara.
Adakah Selamat Meminum Air Yang Berklorin?
Jika klorin dapat membunuh bakteria dan ikan dalam akuarium, fikirkan apakah kesannya terhadap tubuh anda?
oleh Dr. Joseph M. Price, M.D.



Penapis air Bio Aura mahal gile.......!!

Wake up...Wake up....! Cubelah anda semua renung sebentar, sepasang ginjal anda tu harganya berapa? Mesin dialisis tu sewa sehari tahu berapa rat? Sakitnya pula lagi nak tanggung, na'uzubillah mintak jauh... Kalau minum air tak tapis, jangan tak tahu ginjal anda tu yang akan tapis zat-zat besi & zat-zat klorin tu semua. Kalau makan Meggi, bagi ginjal anda sekurang-kurangnya empat (4) hari untuk lawaskan balik filtering system dia supaya tak rosak@jahanam ciptaan@kurniaan Allah tu. Lepas 4 hari, boleh la cuba Meggi perisa lain pula.... (saya gurau je...)
Dua ribu pun sayang. Okey, memanglah mahal, tetapi barang baik ada yang murah? Beli i-phone untuk sms dan call aje sambil nak menunjuk2 tak bising pun.

Jadi, walaupun harganya mahal, anda fikir logiklah hadnya tahap mana. Tetapi, apa yang boleh dijamin, kualiti air yang keluar daripada set penapis air bio aura memang terbaik! Ia menukarkan 1000 liter air syabas yang berharga rm2* menjadi 1000 liter air mineral yang berharga RM2k. (1 liter = rm2 kan)



Kini boleh di katakan setiap rumah mempunyai sekurang kurangnya satu penapis air.. bermula dari RM60.00 hinggalah yang RM20K. Sudah banyak pilihan yang ada dipasaran & salah satunya adalah Bio Aura. Pada saya, tak salah berbelanja untuk penapis air tetapi biarlah mengikut kemampuan kita. Bukan hanya kerana ingin dapatkan kualiti air yang terbaik, malah dapat aura dan tapisan kimia lagi. Semoga anda yang membaca mendapat info berguna... ;) Wassalam...